PETALING JAYA: Seramai 9.1 juta pelanggan domestik dan bukan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung akan mendapat manfaat diskaun bil elektrik secara bersasar di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Menurut TNB, pemberian diskaun antara lima hingga 40 peratus akan dinikmati 7.4 juta pengguna domestik. Selain itu katanya, diskaun sebanyak lima peratus kepada pengguna-pengguna elektrik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah kategori tarif komersial, industri dan pertanian spesifik di bawah voltan rendah akan memberi manfaat kepada 1.6 juta pelanggan TNB. Tambahnya, diskaun sebanyak 10 peratus kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya