Tak perlu tunggu gaji, beli barang bila-bila masa sahaja - Utusan Malaysia

Tak perlu tunggu gaji, beli barang bila-bila masa sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayangkan ada barang keperluan di rumah anda habis tetapi wang dalam akaun semakin susut kerana gaji belum masuk. Mahu tak mahu, barang perlu dibeli tetapi bagaimana jika tiada wang? 

Jangan risau. Anda tidak perlu tebal muka pinjam dari adik-beradik atau membeli menggunakan kad kredit kerana dengan kemajuan teknologi, aplikasi yang menyediakan kemudahan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) kini sudah tersedia di Malaysia.

Bermula hari ini, anda boleh memuat turun aplikasi PAYLATER yang dibangunkan untuk memberi lebih  fleksibiliti kepada pengguna dalam berbelanja. Aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi kewangan (fintech) pemula tempatan, Kale (Technology) Sdn. Bhd. ini merupakan pasar e-dagang BNPL dengan pilihan pembayaran kad debit pertama di Malaysia.

Lebih baik lagi, ia tidak mengenakan sebarang faedah atas pembayaran dan juga tiada fi untuk ansuran yang diberikan.

Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan di PAYLATER termasuk pakaian, permainan, keperluan teknologi dan pelbagai lagi melalui lebih daripada 150 pemborong yang berdaftar.

 

Aplikasi pilihan ramai

Dilancarkan pada hari ini, pastinya PAYLATER menjadi pilihan ramai orang, terutamanya warga kota yang mahukan lebih kebebasan dalam berbelanja.

Melalui PAYLATER, pembayaran yang dibuat secara automatik dipecahkan menjadi ansuran bulanan, memudahkan anda untuk menguruskannya kelak.

Namun jangan risau, kerana PAYLATER bukanlah diwujudkan untuk menggalakkan sikap boros. Memang anda boleh membeli apa sahaja dan membayarnya kemudian dalam bentuk ansuran tetapi pastilah ada syarat-syaratnya.

Anda akan dikenakan had perbelanjaan yang tertentu mengikut kemampuan kredit anda dan pada 48 jam pertama, anda hanya dibenarkan membuat tiga pembelian walaupun masih belum mencapai had perbelanjaan.

Menurut PAYLATER, dengan cara ini pengguna boleh mengawal kewangan masing-masing dan pihaknya boleh memastikan pengguna komited dengan polisi perbelanjaan berhemah PAYLATER.

“Jika anda cuba untuk membuat lebih pembelian dalam 48 jam, sistem akan membatalkannya.

“Lebih lama anda menggunakan perkhidmatan kami dan melakukan pembayaran tepat pada masa, had perbelanjaan anda akan ditambah dan semoga anda boleh berbelanja lebih pada satu masa,” katanya.

Pelbagai promosi menarik

Bersempena dengan pelancarannya, PAYLATER akan menganjurkan tiga promosi menarik yang pasti menggembirakan para pelanggannya.

Promosi pertama, Catch & Spend menawarkan baucar tunai RM100 yang akan diberikan sempena promosi kempen ini. Bermula 8 Jun hingga 12 Jun ini, pelanggan perlu mengikuti akaun Facebook dan Instagram PAYLATER untuk mendapatkan baucar kod bernilai RM100.

Promosi kedua lebih menarik dan mewah kerana PAYLATER akan belanja barang impian anda bernilai RM10,000!

Langkahnya mudah, anda hanya perlu mengikuti akaun Facebook dan Instagram PAYLATER, pilih barangan bernilai RM10,000 dan masukkannya dalam senarai impian (wish list) PAYLATER Mall serta isi borang dalam talian bersama tangkap layar senarai impian anda.

Promosi ketiga, Lucky Wednesday menawarkan hadiah seperti Nintendo Switch, Garmin Vivoactive 3 Element, Airpod Pro dan Sony 32” LED TV.

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit, isi borang dalam talian dan ikuti akaun Facebook dan Instagram PAYLATER.

 

Norma baharu beli-belah

Bayangkan selepas ini apabila anda memerlukan sesuatu produk, anda boleh terus dapatkannya tanpa perlu bimbang tentang wang dalam tangan. Anda beli dahulu dan bayar kemudian, tanpa sebarang caj faedah!

Inilah norma baharu dalam membeli-belah. Anda mempunyai fleksibiliti dan dapat merancang perbelanjaan dengan lebih tersusun melalui sistem PAYLATER yang telus.

Anda juga mempunyai pilihan untuk berbelanja secara dalam talian atau secara fizikal dan menggunakan kad debit atau kredit.

Siapa sangka, masa hadapan kini sudah tiba di depan mata. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.paylater.com.my atau muat turun aplikasi PAYLATER segera! – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya