Pemerkasa Plus imbangi kesihatan awam dengan ekonomi - Utusan Malaysia

Pemerkasa Plus imbangi kesihatan awam dengan ekonomi

Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumum kerajaan membolehkan pemulihan ekonomi separa menjelang akhir tahun ini sebelum pulih sepenuhnya tahun hadapan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakej rangsangan ekonomi, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kesihatan rakyat dengan langkah membaik pulih ekonomi negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Nurazilah Zainal berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti katil serta peralatan unit rawatan rapi (ICU) selain untuk menampung perbelanjaan ubat, ujian saringan dan kos pengoperasian kuarantin.

“Selain melanjutkan kontrak pegawai perubatan dan jururawat secara sehingga tahun 2022, seramai 500 kakitangan kesihatan yang berpencen juga telah dilantik semula bagi menyediakan pengurusan hospital yang cekap.

“Itu merupakan usaha kerajaan bagi meningkatkan kapasiti perubatan dan membantu barisan hadapan agar semua rakyat Malaysia dapat menerima rawatan sebaiknya,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan juga telah memutuskan untuk memberi tambahan Bantuan Prihatin Rakyat kepada tiga golongan utama iaitu pendapatan bawah RM2,500, RM5,000 dan golongan bujang.

Selain itu, katanya, pemberian moratorium secara automatik turut diberikan kepada golongan yang terkesan seperti hilang pekerjaan dan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pemerkasa Plus melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 bilion, termasuk RM5 bilion suntikan fiskal kerajaan bagi membantu meredakan cabaran yang dihadapi rakyat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan.

Ujar Nurazilah, bagi pemberian vaksinasi, Perdana Menteri menyeru Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk meningkatkan kadar pemberian vaksin daripada 80,000 dos suntikan kepada 150,000 dos suntikan sehari pada bulan ini

Tambahnya, pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan diperkenalkan bagi mencapai jumlah suntikan yang optimum bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan mengurangkan kes jangkitan sekaligus dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi yang sebelum ini terjejas.

“Akhir sekali, program itu turut memfokuskan kelangsungan hidup peniaga-peniaga kecil memandangkan golongan itu tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah Geran Khas Prihatin (GKP) dari RM500 kepada RM1500.

“Peniaga juga ditawarkan pinjaman mikro kredit melalui badan berdaftar seperti BSN, TEKUN dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus,” jelas Nurazilah. – UTUSAN ONLINE

Caption: Pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus meletakkan keseimbangan antara usaha penjagaan kesihatan  awam dengan langkah membaik pulih ekonomi. – GAMBAR HIASAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya