MEF mohon kerajaan tambah bantuan untuk majikan - Utusan Malaysia

MEF mohon kerajaan tambah bantuan untuk majikan

SYED HUSSAIN SYED HUSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyarankan pihak kerajaan untuk menambah bantuan kepada majikan-majikan yang menghadapi kesukaran kewangan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh baru-baru ini. 

Presidennya, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan-majikan memerlukan bantuan kerajaan bagi membolehkan mereka bertahan sekaligus mengekalkan pekerja.

“Lanjutan PKP 3.0 itu memang sudah dijangka susulan kes jangkitan Covid-19 masih menular. 

“Namun, kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan majikan akan lebih dirasai di fasa kedua PKP tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia

Jelasnya, kebanyakan majikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro tidak mempunyai sumber pendapatan semasa tetapi tetap dibebani dengan pembayaran gaji, sewa dan utiliti. 

Ujarnya, tanpa bantuan kerajaan, banyak PKS dan perusahaan mikro dijangka tidak dapat bertahan dan ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. 

Menurut Syed, pasaran buruh negara akan terkesan dan menjadi tidak stabil jika perkara itu berterusan.

Semasa fasa pertama PKP 3.0, kerajaan telah memperkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) dengan dana sebanyak RM40 bilion termasuk subsidi upah selama sebulan. 

“Kami berharap kerajaan boleh menambah sekurang-kurangnya RM40 bilion lagi dalam Pemerkasa Plus serta melanjutkan tempoh subsidi upah sehingga tiga bulan bagi meningkatkan keupayaan majikan untuk terus bertahan. 

“Selain itu, kerajaan perlu membenarkan lebih banyak penglibatan pengamal perubatan swasta untuk bersama-sama memberikan vaksin agar imuniti kelompok dapat diwujudkan dengan segera untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara selain membantu mempercepatkan proses vaksinasi rakyat,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya