SIAPA sangka hanya bermula dengan gerai tepi jalan pada 2018, kini jenama Keramat Tea semakin dikenali dan mendapat sambutan menggalakkan sehingga mampu membuka dua cawangan setakat ini. Walaupun berdepan kesukaran ketika pandemik Covid-19, keadaan itu tidak mematahkan semangat pengasasnya, Muhammad Azhar Mat Zin yang tetap komited dan menyasarkan pembukaan tiga lagi cawangan dalam tempoh dua tahun. Sasaran itu dikuatkan lagi dengan proses pembukaan cawangan ketiga di kawasan Ampang dalam tahun ini. Mengimbau titik permulaan perniagaannya, lelaki berusia 32 tahun itu mengambil langkah berani dengan meninggalkan kerjaya tetapnya di sebuah institusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya