PETALING JAYA: Ahli akademik dan penyelidik berpengalaman, Datuk Dr. Roziah Omar dilantik sebagai Presiden Universiti Kuala Lumpur yang baharu. Pelantikan beliau diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azizah Mohd. Dun dalam satu kenyataan. Azizah berkata, pelantikan Roziah berdasarkan kepada kepakaran, pengetahuan, pengalaman dan pencapaian beliau yang pernah memegang beberapa jawatan utama sebelum ini di peringkat nasional mahupun antarabangsa. “MARA yakin, beliau akan dapat memacu kecemerlangan UniKL ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memastikan visi untuk menjadi sebuah universiti keusahawanan teknikal terunggul dalam negara melalui kecemerlangan dalam penyelidikan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya