PETALING JAYA: EasyParcel, sebuah syarikat penyelesaian penghantaran e-dagang, menggalakkan orang ramai untuk divaksin menerusi Kempen Pemvaksinan EasyParcel x Pgeon. Berlangsung dari 28 Jun hingga 31 Ogos 2021, kempen ini menawarkan 50,000 penghantaran percuma kepada warga Malaysia yang mendaftar untuk pemvaksinan Covid-19. Menurut syarikat berkenaan, jumlah penghantaran tersebut bersamaan dengan 25 penghantaran keseluruhan bagi setiap seorang. “Usaha sama dengan Pgeon ini dilaksanakan dengan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan vaksin sebagai satu usaha bersepadu bagi mencapai keimunan kelompok,” katanya dalam kenyataan. Jelas EasyParcel, usaha pemvaksinan secara besar-besaran tidak dapat dinafikan akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya