PETALING JAYA: Dua jenama telekomunikasi besar negara, Celcom dan Digi sah bergabung selepas Axiata Group Berhad, Telenor Asia Pte. Ltd. dan Digi.com Berhad mengumumkan telah menandatangani perjanjian transaksi penggabungan tersebut, semalam. Menurut Axiata dan Telenor, pihaknya telah menyelesaikan langkah ketekunan wajar yang perlu dan Celcom Axiata Berhad bersama Digi akan membentuk entiti penyedia perkhidmatan digital yang lebih berdaya tahan serta kukuh secara komersial, yang akan meletakkan Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk mencapai impian pendigitalannya. Menurutnya, syarikat gabungan (MergeCo) itu secara proforma dijangka akan menyediakan khidmat untuk 19 juta pelanggan dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya