PETALING JAYA: Pengeluar wangian penyegar udara tempatan, Bliese bekerjasama dengan penyanyi, Ameng Spring membantu usahawan yang terkesan dalam tempoh pandemik ini.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail kini giat mempromosikan produk wangian ‘Bliese Wooden Cap’ edisi khas Bourgenvilla yang dikeluarkan oleh Bliese (M) Sdn. Bhd. bersempena judul lagu popular kumpulan Spring sekitar tahun 90-an.
Bliese terpanggil untuk menjalin kerjasama tersebut selepas artikel mengenai konsert maya yang diadakan dengan jualan tiket tontonan berharga RM1 disertai Ameng tular di media sosial.
Menurut Ameng, keprihatinan Bliese memberi peluang baharu kepadanya serta usahawan lain yang turut terkesan ketika pandemik ini untuk mencari rezeki.
“Saya berterima kasih kepada Bliese kerana menjemput saya bersama-sama terlibat di dalam penghasilan produk ‘Bliese Wooden Cap Edisi Khas’ iaitu Bourgenvilla.
“Ini sedikit-sebanyak memberi peluang baru dan ruang untuk saya mencari rezeki dan menambah pendapatan di samping undangan menyanyi yang diterima,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai diseru untuk menyokong perjuangan Ameng dengan pembelian wangian ‘Bliese Wooden Cap Edisi Khas Bourgenvilla’ yang bernilai RM10 yang mula dilancarkan hari ini melalui pengedar-pengedar Bliese yang sah.
Bliese juga ingin menjemput mana-mana individu yang berminat untuk menjana ekonomi dan menambah pendapatan sampingan di musim pandemik ini bagi merebut peluang menjadi stokis atau ejen Bliese.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman facebook Bliese HQ atau hantarkan pesanan melalui aplikasi Whatsapp di talian 016-913 8358. – UTUSAN