AirAsia perkukuh perkhidmatan kargo - Utusan Malaysia

AirAsia perkukuh perkhidmatan kargo

AirAsia tingkatkan perkhidmatan kapasiti kargo penerbangan dengan Freightchain. - GAMBAR AIRASIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan di bawah AirAsia Group memperkukuh perkhidmatan kargonya di rantau ini dengan menyediakan ruang kargo dalam penerbangannya di Freightchain, rangkaian digital pertama di dunia untuk kargo udara menggunakan lejar teknologi blok rantai (blockchain).

Perkhidmatan kargo AirAsia dikendalikan oleh syarikat logistiknya, Teleport, pemilik Freightchain yang menyediakan platform itu untuk meningkatkan perkhidmatan kapasiti kargo penerbangan AirAsia dan syarikat penerbangan lain.

Menurut AirAsia, melalui Freightchain, Kumpulan kini dapat mengintegrasikan penerbangannya dengan syarikat penerbangan lain secara digital, seterusnya mempercepatkan perkhidmatan melalui rangkaian penerbangan yang tersedia dan meningkatkan permintaan penghantaran kargo ke seluruh Asia Tenggara dan lain-lain destinasi.

Rangkaian digital itu juga katanya, menawarkan manfaat yang besar kepada pelbagai perniagaan dalam industri kargo seperti eksport, import dan pengangkutan barang kerana integrasi secara digital memudahkan proses, meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, Kumpulan terus berinovasi dalam perniagaan kargo dan penyenaraian AirAsia di Freightchain memperkukuh lagi matlamat menjadi sebuah syarikat kargo digital terkemuka di rantau ini, dengan menyediakan perkhidmatan terbaik melalui rangkaian penerbangan komprehensif dengan kos rendah.

Beliau berkata, kebolehan untuk memaksimumkan pendapatan kargo melalui proses integrasi secara digital adalah satu inovasi dalam industri kargo.

“Freightchain menghubungkan syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang menawarkan peluang pendapatan dan menyediakan penyelesaian rangkaian tanpa had kepada syarikat penghantaran.

“Semua penerbangan kami di bawah AirAsia Group kini disenaraikan di Freightchain, dan kami mengalu-alukan syarikat penerbangan lain untuk mendaftar bagi mengembangkan rantaian bekalan kargo secara digital,” katanya dalam kenyataan.

Freightchain menggabungkan jadual penerbangan kargo udara secara digital melalui carian, tempahan dan pengurusan laluan untuk menghantar kargo ke pelbagai destinasi.

Proses tempahan dalam talian juga menjadikannya lebih lancar, pantas dan mudah kerana para pelanggan tidak perlu melalui proses tradisional yang melibatkan kontrak dan perjanjian manual.

“Penggunaan lejar teknologi blok rantai oleh Freightchain juga membolehkan syarikat penerbangan menguruskan tempahan penghantarannya sendiri, daripada melengkapkan butiran penghantaran sehingga menjadualkan semula perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya