UMW Toyota pupuk kesedaran alam sekitar melalui TEY 2020/2021 - Utusan Malaysia

UMW Toyota pupuk kesedaran alam sekitar melalui TEY 2020/2021

PASUKAN Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu menunjukkan hasil inovasi mereka untuk program TEY 2020/2021. - Ihsan UMW Toyota
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekangan pandemik tidak menghalang UMW Toyota Motor untuk meneruskan program Toyota Eco Youth (TEY) yang bertujuan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan golongan muda.

Program yang mencecah usia 20 tahun itu tampil dengan tema Reimagining Mobility untuk tahun 2020/2021 dan beradaptasi dengan keperluan norma baharu melalui format baharu yang sepenuhnya menggunakan platform dalam talian.

Menurut syarikat automotif itu, sejak dilancarkan pada Januari lalu untuk pelajar sekolah menengah berusia antara 13 ke 16 tahun, ia telah menarik penyertaan 282 pasukan dari 177 buah sekolah.

Ia merupakan penyertaan tertinggi yang pernah dicatatkan program itu.

“Pengadaptasian program ke dalam platform digital melibatkan kelas dan bengkel e-pembelajaran interaktif yang terbukti sangat efektif.

“Secara keseluruhannya, pasukan sekolah mampu mempamerkan idea mereka melalui video dan pembentangan dalam talian yang sangat mengagumkan,” kata syarikat itu dalam kenyataan baru-baru ini.

Sejak Disember lalu, 16 pasukan yang disenarai pendek telah menghasilkan kertas cadangan mereka yang dihantar di saluran media sosial untuk tontonan awam.

Setiap pasukan juga menghasilkan satu episod audio siar yang disiarkan di Spotify.

Fasa penjurian akhir pada bulan lalu menyaksikan 10 peserta akhir dipilih dan pasukan pemenang akan dipilih selepas membuat pembentangan secara langsung pada 29 Mei ini.

Kebanyakan kertas cadangan melibatkan isu alam sekitar seperti sisa buangan dan kitar semula yang menonjolkan kemampuan inovasi dan penggunaan teknologi canggih oleh peserta.

Presiden UMW Toyota, K. Ravindran berkata, hadiah wang tunai untuk tahun ini digandakan sebagai penghargaan kepada golongan muda yang ikut serta, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM64,000.

“Seperti lazimnya, kami sangat kagum dengan kualiti projek dan idea inovatif yang dicadangkan.

“Pasti sukar untuk juri memilih yang terbaik memandangkan semua peserta sudah menang dengan cara mereka yang tersendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya