PIDM lancar kempen ketahanan kewangan - Utusan Malaysia

PIDM lancar kempen ketahanan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengumumkan permulaan Kempen Ketahanan Kewangannya dengan menampilkan Chief BerUang bagi menyokong usaha meningkatkan daya tahan kewangan rakyat Malaysia di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, tingkah laku pengurusan kewangan yang baik, seperti tabiat menyimpan dan memperuntukkan dana kecemasan, akan membantu rakyat Malaysia bagi tempoh jangka panjang dalam menghadapi kesukaran hidup.

“Chief Beruang adalah ikon terbaik untuk menyampaikan mesej mengenai pengurusan kewangan yang bijak dengan cara yang menghiburkan kepada audiens media sosial.

“Chief Beruang merupakan program pertama daripada pelbagai program yang dirancang di bawah Kempen Ketahanan Kewangan PIDM 2021,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, dalam masa terdekat, orang ramai boleh menyertai webinar dan perbincangan panel secara maya mengenai pengurusan kewangan, cabaran simpanan 21 hari serta pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.

Pada masa yang sama, PIDM juga telah mengambil lima ekor beruang matahari di Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC), Sabah sebagai haiwan angkat.

PIDM memilih beruang matahari Borneo sebagai ikon kempennya kerana ia merupakan satu daripada haiwan rentan Malaysia yang disenaraikan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Komitmen selama setahun daripada PIDM ini akan membantu BSBCC meneruskan usaha pemuliharaannya dan meningkatkan kesedaran mengenai spesies haiwan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya