Petronas temui sumber gas kedua di luar pantai Sarawak - Utusan Malaysia

Petronas temui sumber gas kedua di luar pantai Sarawak

PETRONAS menemukan hidrokarbon pertamanya dalam penggerudian telaga BTJB-T2 Bukit Tua Fasa-2B yang terletak di dalam Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga eksplorasi wildcat Kulintang-1, Blok SK438, dekat perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 ki­lometer dari pesisir pantai Miri, Sarawak.

Telaga Kulintang-1 berjaya digerudi hingga kedalaman 2,238 meter pada April lalu.

Petronas dalam kenyataannya memaklumkan, gas itu ditemukan dalam takungan batu pasir era Oligosen hingga Pertengahan Miosen, yang belum dinilai sepenuhnya sebelum ini.

PTTEP HK Offshore Ltd. me­rupakan pengendali untuk Blok SK438 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 80 peratus, sementara Petronas Carigali Sdn. Bhd. memegang 20 peratus.

Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) blok itu diberikan pada Mac 2018 susulan Pusingan Tawaran Malaysia (MBR) 2017.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, kejayaan telaga Kulintang-1 menandakan penemuan gas kedua dalam daerah kecil Balingian tahun ini.

“Hasil yang memberangsangkan ini membuktikan potensi bagi gas asli yang lebih besar di daerah ini, terutama dalam keadaan geologi Oligosen yang lebih dalam.

“Penemuan gas asli ini boleh menjana perolehan melalui infrastruktur sedia ada untuk memenuhi permintaan pelanggan gas domestik dan juga Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak,” tambahnya.

Pada Mac lalu, Petronas meng­umumkan penemuan minyak dan gas baharu di telaga eksplorasi wildcat Sirung-1 di Blok SK405B, juga di daerah kecil Balingian.

Dalam MBR 2021 yang sedang berlangsung, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia, termasuk beberapa blok di Ba­lingian.

MBR 2021 juga menawarkan terma fiskal dan bukan fiskal yang ditambah baik sebagai sebahagian daripada usaha berte­rusan Petronas untuk berkembang bersama rakan kongsi di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya