SEPANG: Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE), anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad, bakal menjadi penyedia perkhidmatan kejuruteraan penerbangan terkemuka di Asia dengan kelulusan penyelenggaraan berat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Dengan kelulusan tersebut, ADE bukan sahaja akan melakukan penyelenggaraan talian tetap, malah penyelenggaraan berat (hangar atau C-check) untuk penerbangan di bawah AirAsia Group, dan sedia untuk menyokong syarikat penerbangan pihak ketiga untuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO). Ketua Pegawai Eksekutif ADE, Mahesh Kumar berkata, ADE terus mencatatkan kemajuan walaupun ia dilancarkan semasa pandemik pada bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya