LTAT umum dividen lebih tinggi 3.5 peratus - Utusan Malaysia

LTAT umum dividen lebih tinggi 3.5 peratus

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) antara yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020 tentang agensi terlibat dengan isu pembayaran tidak teratur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan dividen lebih tinggi berjumlah 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, berbanding 2.5 peratus tahun sebelumnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19, LTAT masih mampu mengisytiharkan peningkatan dividen berikutan untung bersih yang lebih tinggi mencecah RM229 juta berbanding RM92.8 juta pada 2019.

“Saya dimaklumkan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada keputusan LTAT yang lebih baik ini adalah kerana kejayaan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi melalui Pelan Transformasi LTAT. 

“Ini membolehkan Tabung untuk mencatatkan peningkatan keuntungan tertahan berjumlah RM287.5 juta selepas bayaran dividen berjumlah RM310.7 juta, berbanding dengan keuntungan tertahan berjumlah RM63.5 juta pada 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar bahawa kebajikan barisan hadapan, terutamanya anggota angkatan tentera yang sedang berkhidmat, harus terus menjadi keutamaan. 

“Oleh itu, kami berbesar hati untuk menyokong LTAT bagi memastikan peningkatan dividen bagi tahun tersebut.

“Kementerian Pertahanan, bagi pihak semua anggota angkatan tentera yang menerima manfaat daripada pembayaran dividen amat menghargai sokongan yang diberikan oleh kerajaan.

“LTAT akan terus memperkasakan prospeknya melalui Pelan Transformasi yang sedang digiatkan, bertumpu kepada pengukuhan dan pengimbangan semula portfolio pelaburannya serta pada masa yang sama menambahbaik struktur organisasi, pengurusan risiko, amalan tadbir urus korporat serta pembangunan sumber manusia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya