KAPB tawar RM2 bilion saham baharu - Utusan Malaysia

KAPB tawar RM2 bilion saham baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) menawarkan RM2 bilion saham baharu untuk dilanggan anggota sedia ada dan seluruh rakyat Malaysia dengan pulangan minimum lapan peratus setahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ilyas Mohamed berkata, pulangan tersebut adalah berdasarkan risiko terlaras ke atas petunjuk pelaburan dan kajian impak menurut rekod pulangan pelaburan KAPB yang tinggi selama ini. 

Ujarnya, sebahagian daripada dana akan digunakan untuk membiayai pembelian 51 peratus pegangan ekuiti pemilikan The Exchange 106 selain membiayai projek pembinaan sebuah universiti perubatan dan hospital baharu di atas tanah seluas 141 ekar yang terletak di Serdang, Selangor.

“Sesiapa yang berhasrat menjadi sebahagian daripada bangunan tertinggi di Asia Tenggara, The Exchange 106, TRX, dengan anggaran nilai pasaran semasa yang mencecah RM7 billion dan sebuah hospital berkapasiti 400 katil serta universiti perubatan berteknologi canggih dan terkini boleh memohon dengan melayari laman sesawang atau hadir ke cawangan CIMB berdekatan.

“Tawaran ini akan ditutup sebaik sahaja saham sebanyak RM2 bilion telah dilanggan sepenuhnya. Untuk membuat permohonan, layari  http://online.kapb.com.my/registration_member.asp,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pembayaran pulangan dividen lapan peratus bagi tahun kewangan 2020 telah ditetapkan dalam Mesyuarat Agong Tahunannya dan pembayaran akan dilakukan serta-merta kepada semua pemegang sahamnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya