Fajarbaru optimis prospek hartanah - Utusan Malaysia

Fajarbaru optimis prospek hartanah

Rica Residence @ Sentul yang dibangunkan oleh Fajarbaru Builder Group Berhad merekodkan kadar langganan sebanyak 82 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fajarbaru Builder Group Bhd. optimis dengan prospek segmen hartanahnya dalam jangkaan pemulihan ekonomi yang disokong oleh Program Imunisasi Nasional Covid-19.

Syarikat itu juga bercadang melancarkan projek harta tanah baru dalam separuh kedua tahun ini setelah keadaan pasaran bertambah baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian Leng berkata, melangkah ke hadapan, Fajarbaru berusaha untuk memperluaskan lagi asas pembangunan hartanah tempatannya, tidak hanya di Lembah Klang, tetapi juga di Pulau Pinang dan Putrajaya setelah ekonomi dibuka sepenuhnya.

Beliau berpendapat, bagi projek di lokasi utama, pembangunan hartanah mewah akan dapat dilaksanakan tetapi permintaan pasaran untuk perumahan mampu milik dan pembelian rumah baharu lebih baik untuk keluarga, tidak boleh diabaikan.

“Kumpulan akan terus mencari simpanan tanah baharu di lokasi yang boleh menjana pendapatan buat masa ini, dan sedang meninjau usaha sama yang berpotensi bagi pembangunan hartanah di Malaysia dan Australia.

“Fajarbaru secara berwaspada optimis terhadap prospek pertumbuhan segmen pembangunan hartanahnya pada 2021 dan selaras dengan jangkaan pemulihan keadaan pasaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fajarbaru adalah syarikat senaraian awam di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan terbabit dalam pembinaan dan pembangunan hartanah.

Kumpulan itu baru-baru ini telah menyiapkan pembangunan sulungnya, Rica Residence @ Sentul dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM292.49 juta seperti dijadualkan.

Kadar langganan terkini Rica Residence @ Sentul adalah 82 peratus, termasuk tempahan.

“Kami menyasarkan untuk menjual unit selebihnya pada akhir tahun 2021. Sebaik sahaja keadaan pasaran bertambah baik, kami juga akan meneliti kemungkinan melancarkan projek Rica Residence @ Kinrara pada tahun 2021, yang mana akan berlandaskan konsep pembangunan kondominium,” kata Eric.

Sementara itu, di Melbourne, Australia, Kumpulan melaporkan bahawa pembangunan Paragon Queen Street dengan GDV sebanyak AUD182.84 juta telah selesai baru-baru ini. Kadar langganan terbarunya adalah 93 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya