Yayasan Khazanah lancar dua biasiswa baharu - Utusan Malaysia

Yayasan Khazanah lancar dua biasiswa baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Khazanah, cabang bIasiswa Yayasan Hasanah melancarkan dua biasiswa baharu bagi merapatkan jurang bakat di negara ini dengan cara yang lebih holistik sekali gus memastikan keperluan pekerjaan dan kecekapan masa depan ditangani sewajarnya.

Program Biasiswa Khazanah Lestari dan Program Kursus Pendek Eksekutif Yayasan Khazanah ACE 2 akan memberi lebih peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pembangunan kelestarian.

Lembaga Pemegang Amanah di Yayasan Khazanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari berkata, pihaknya berbangga dapat menyumbang ke arah agenda nasional dengan meningkatkan akses ke bidang pengajian yang penting untuk mencapai Objektif Pembangunan Kelestarian 2030.

“Dalam menuju abad ke-21 ini, adalah semakin jelas bahawa set kemahiran, kecekapan dan industri yang diperlukan untuk mengatasi cabaran masa depan seperti ketahanan iklim, data besar dan kecerdasan buatan serta paradigma ekonomi dan sosial.

“Yayasan Khazanah telah memberikan lebih 1,000 biasiswa dalam tempoh 15 tahun terakhir dan kami komited untuk terus melabur dalam mengembangkan bakat dan membina pemimpin masa depan negara.

“Sama ada membasmi kemiskinan kanak-kanak melalui pendidikan, memastikan pemeliharaan hutan megah kita atau meraikan seni dan warisan budaya kita yang unik, kami yakin biasiswa ini akan menjadi tunjang penting bagi kelestarian dan kejayaan negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Biasiswa pascasiswazah ini meliputi yuran pengajian, wang sara hidup, tiket kelas ekonomi pergi balik, insuran perubatan, dan alumni sokongan rangkaian untuk pemohon yang layak.

Beberapa bidang pengajian yang disokong oleh biasiswa termasuk Pembangunan Komuniti, Pembangunan Lestari, Kajian Pembangunan, Pengurusan Sumber Asli, Undang-undang Sumber Asli, Keadilan Sosial, Pengurangan Kemiskinan, Migrasi, Kajian Jantina, Perubahan Iklim, Keselamatan Makanan, Tenaga Boleh Diperbaharui, Alam Sekitar, Urbanisasi, Kesihatan, Hak Kemanusiaan, Penyelesaian Konflik, Hubungan Antarabangsa, Tadbir Urus dan banyak lagi.

Yayasan Khazanah juga akan melancarkan proses permohonan Program Kursus Pendek Eksekutif Yayasan Khazanah ACE 2 bulan ini. Tawaran dana akan diberikan kepada mereka yang mahu meningkatkan kemahiran dengan kursus pendek eksekutif.

Kursus pendek eksekutif sepenuh masa itu dalam tempoh antara dua minggu hingga tiga bulan. Dana tersebut meliputi yuran kursus dan tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik sehingga RM25,000.

Permohonan bagi kedua-dua biasiswa itu dibuka secara dalam talian dan mereka yang berminat boleh memuat turun borang daripada pautan di laman web Yayasan Khazanah.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya