Trinity Group lancar projek RM1 bilion - Utusan Malaysia

Trinity Group lancar projek RM1 bilion

NEOH SOO KEAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, Trinity Group akan melancarkan projek-projek baharu bernilai RM1 bilion dalam satu tahun akan datang.

Menurut syarikat itu, pihaknya sedang meneroka lokasi-lokasi baharu di Lembah Kelang selain daripada ‘kubu kuatnya’ di Puchong dan Bukit Jalil.

Syarikat itu ketika ini mempunyai tiga projek hartanah dalam perancangannya, yang mana dua daripadanya di Ampang Utara dan satu di Bandar Kinrara.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat berkata, walaupun masih berhati-hati, pihaknya optimis terhadap masa hadapan industri melihat kepada datayang menunjukkan minat berterusan dalam bahagian pasaran tertentu terutamanya pembeli muda dan kali pertama..

Kata beliau, pembentukan isi rumah ketika ini masih kukuh dengan sebahagian besar populasi negara adalah di bawah umur 40 tahun.

“Kami melihat ini sebagai peluang yang besar untuk mengisi jurang dan permintaan untuk rumah mampu milik berorientasikan gaya hidup dengan bergerak ke hadapan bersama beberapa projek di lokasi strategik bagi memenuhi permintaan pasaran.

“Pastinya ia langkah terancang dengan 80 peratus daripada projek kami untuk tahun hadapan bernilai bawah RM650,000 seunit dengan tumpuan utama dalam menyediakan hartanah berpandukan nilai.

“Kami secara spesifik akan menyasarkan pembeli di bawah 35 tahun, yang majoritinya merupakan pembeli rumah kali pertama,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut Soo Keat, tanpa menafikan persekitaran pasaran yang mencabar, pihaknya yakin bahawa permintaan untuk projek-projeknya akan disambut baik pembeli.

Jelas beliau, ia dipandu oleh lokasi yang strategik, titik harga yang menarik dan konsep yang mengujakan melibatkan reka bentuk serta reka letak yang inovatif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya