Takaful Ikhlas bantu 300 keluarga asnaf, mualaf - Utusan Malaysia

Takaful Ikhlas bantu 300 keluarga asnaf, mualaf

NOR Azman Zainal (berdiri, tiga kanan) dan Muhammad Roger James Arnold (berdiri, tiga kiri) pada majlis penyerahan sumbangan kepada asnaf, muamalaf di Surau Al-Insaniah, PPR Lembah Subang 1, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful Ikhlas) dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Mualaf, mengagihkan sumbangan bekalan makanan kepada 300 keluarga asnaf dan mualaf terpilih di sekitar Lembah Klang.

Sumbangan melalui program Ikhlas Barakah Box membabitkan agihan bekalan makanan seperti beras, tepung, gula, susu, bihun, mi segera dan telur kepada keluarga asnaf dan mualaf yang terkesan dengan wabak Covid 19.

Menurut Takaful Ikhlas, penerima terdiri daripada keluarga asnaf dan mualaf terpilih daripada Persatuan Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, PPR Kota Damansara dan PPR Bukit Jalil.

Katanya, pengagihan sumba­ngan akan dijalankan secara berperingkat sepanjang Ramadan ini dan majlis pengagihan sumba­ngan telah diadakan di Surau Al-Ihsaniah PPR Lembah Subang 1.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad, Nor Azman Zainal berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat membantu dan memberikan keceriaan kepada para penerima serta keluarga mereka ketika berada di bulan Ramadan.

“Kami juga berharap program tersebut dapat memupuk nilai prihatin serta kasih sayang kepada masyarakat setempat.

“Malalui program itu, Takaful Ikhlas dapat menyalurkan sebahagian daripada dana Ikhlas Barakah House untuk membantu meringankan beban masyarakat dan komuniti setempat kerana kami percaya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” katanya dalam ke­nyataan di sini.

Turut hadir, Pengerusi Persa­tuan Inspirasi Mualaf, Muhammad Roger James Arnold; sukarelawan Persatuan Inspirasi Mualaf, dan kakitangan Takaful Ikhlas.

Program Ikhlas Barakah Box itu merupakan satu daripada aktiviti di bawah Ikhlas Barakah House yang merupakan satu inisiatif pengumpulan dana patuh syariah bertujuan menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat positif.

Ia dibuat melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti me­rangkumi penglibatan masayra­kat dengan lima fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan alam sekitar.

Takaful Ikhlas merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Ia menyediakan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip syariah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya