Saga dilancarkan di Pakistan - Utusan Malaysia

Saga dilancarkan di Pakistan

Pengurus Pemasaran Proton Pakistan, Ibad Jamal bersama Proton Saga R3 Edisi Terhad selepas majlis pelancarannya di Pakistan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton menambah pasaran antarabangsa dalam portfolio Saga yang membuat kemunculan sulung di Pakistan awal bulan ini.

Menurut Proton, Saga me­rupakan model kedua yang ditawarkan di negara berkenaan selepas pelancaran X70 pada Disember tahun lalu.

Katanya, Saga yang telah diberi perubahan ketara pada 2019, kini terdapat di lapan pasaran antarabangsa iaitu Brunei, Bangladesh, Mesir, Jordan, Kenya, Mauritius, Nepal dan Pakistan.

“Tiga varian Saga yang dipasarkan di negara berkenaan ialah MT, AT dan Ace AT. Selain itu, 100 unit Saga R3 Edisi Terhad turut ditawarkan dengan pilihan transmisi MT dan AT,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Proton, pelancaran tersebut telah diadakan secara dalam talian dan dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.

Dalam ucapan beliau, Ikram berharap, operasi Proton di Pakistan akan mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Haj Automotive, Hilal Khan Afridi yakin pelanggan Pakistan akan berminat dengan jenama Proton dan produknya.
“Saya berterima kasih kepada warga Pakistan kerana menjayakan Proton Saga di negara ini dengan serta-merta. Kereta ini pasti menonjol kerana kebolehpercayaan, ketahanan dan nilai berbaloi dengan harga,” katanya.

Semua kenderaan dibekalkan dari negara ini sebagai unit CBU, tetapi syarikat rakan kongsi Proton, Al-Haj Autopmotive akan memulakan operasi pemasangan tempatan di kilang baharunya di Karachi pada suku ketiga tahun ini.

“Dengan kapasiti dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun, kilang itu mampu meningkatkan jualan Proton dengan cepat dalam pasaran yang berpotensi untuk berkembang,” kata Proton. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya