RE: UHSB, Ingress meterai kerjasama - Utusan Malaysia

RE: UHSB, Ingress meterai kerjasama

Majlis menandatangan perjanjian pembelian tenaga solar antara UiTM Holdings Berhad dengan Ingress Corporations Berhad di Shah Alam, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) mengambangkan portfolio perniagaannya dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) melalui perjanjian pembelian tenaga solar (SPPA) selama 21 tahun dengan Ingress Corporation Berhad (Ingress).

Perjanjian dibuat melalui anak syarikat milik penuh UHSB, UiTM Energy & Facilities Sdn. Bhd. (UEFSB) dengan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB).

Menurut UHSB, di bawah perjanjian itu, UEFSB akan melabur dan membangunkan kemudahan penjanaan tenaga solar dengan jumlah kapasiti masing-masing sebanyak 897.26kWp dan 1,224.86kWp di IPSB dan ITSB.

Katanya, pemasangan kemudahan penjanaan tenaga solar dalam ITSB dan IPSB dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan tenaga mereka dengan ketara melalui skim Net Energy Metering (NEM), serta mengurangkan jejak karbon untuk menyokong agenda tenaga diperbaharui kebangsaan.

“UEFSB akan melaksanakan 100 peratus pelaburan sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk mengembangkan pasaran tenaga yang boleh diperbaharui,” katanya dalam kenyataan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah UEFSB, Norzaimah Maarof; Pengerusi ITSB, Datuk Dr. Rameli Musa dan Pengerusi IPSB, Datuk Dr. Ab. Wahab Ismail. Majlis disaksikan oleh Pengerusi UHSB, Datuk Md. Zubir Ansori Yahaya.

Turut hadir Pengarah UHSB, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd. Fozi Ali. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya