Rakan kongsi audit didenda RM47,500 - Utusan Malaysia

Rakan kongsi audit didenda RM47,500

SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengenakan penalti monetari sebanyak RM47,500 ke atas Sandra Segaran a/l Muniandy @ Krishnan, rakan kongsi Ernst & Young PLT, kerana gagal mematuhi keperluan Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit entiti kepentingan
awam.

SC berkata, pihaknya telah mengurangkan jumlah penalti tersebut kepada RM47,500 daripada RM63,000 pada 8 April lalu, susulan rayuan yang dibuat oleh Sandra.

“AOB mendapati Sandra telah melanggar seksyen 31Z (1) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 kerana gagal mematuhi syarat pendaftaran yang dikenakan oleh AOB seperti yang dinyatakan dalam seksyen 31O (3).

“Secara khusus, Sandra telah gagal melaksanakan prosedur audit untuk menyokong asas pendapat audit bagi tugasan audit dalam bidang hartanah, kelengkapan dan peralatan. Dia juga tidak melaksanakan prosedur audit yang mencukupi dalam bidang pinjaman dan peminjaman serta penyatuan kumpulan,” katanya dalam kenyataan.

SC adalah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal.

SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya