Pegangan saham asing Maybank merosot, CIMB meningkat - Utusan Malaysia

Pegangan saham asing Maybank merosot, CIMB meningkat

maybank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemegangan saham asing Malayan Banking Bhd. (Maybank) menurun kepada 16.64 peratus pada 9 April daripada 16.72 peratus 19 Mac lalu.

Memetik laporan The Edge, selain angka terkini yang disiarkan dalam laman web, bank itu turut memaklumkan pegangan saham asingnya adalah 16.65 peratus pada 2 April lalu.

Sementara itu, CIMB Group Holdings Bhd. menyatakan pegangan saham asingnya meningkat kepada 20.7 peratus bulan lalu berbanding masing-masing 20.6 dan 20.7 peratus pada Februari dan Januari 2021.

Sebaliknya, pegangan saham asing Hong Leong Bank Bhd. (HLB) jatuh 0.02 peratus dalam suku tahunan berakhir 31 Mac 2021 dengan 10.01 peratus, berbanding 10.03 peratus suku sebelumnya. 

Secara keseluruhan, Maybank memiliki 11.24 bilion saham terbitan, sementara jumlah saham terbitan CIMB dan HLB masing-masing berjumlah 9.92 bilion dan 2.17 bilion.

Di Bursa hari ini, harga saham Maybank tidak berubah pada RM8.31 pada pukul 11.18 pagi, dengan permodalan pasaran sekitar RM93.4 bilion. Maybank adalah kumpulan tersenarai yang paling berharga di Malaysia.

Sementara itu, harga saham CIMB turun empat sen atau 0.93 peratus kepada RM4.25, menjadikan nilai pasaran sekitar RM42.16 bilion.

Harga saham HLB pula turun 10 sen atau 0.56 peratus kepada RM17.86 pada 11.19 pagi, yang menilai kumpulan itu sekitar RM38.76 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya