Microsoft menang kontrak AS$21.9b - Utusan Malaysia

Microsoft menang kontrak AS$21.9b

Kontrak untuk tempoh 10 tahun membekalkan alat dengar realiti terimbuh disokong oleh perkhidmatan pengkomputeran awan Azure.– AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Microsoft Corp. telah memenangi perjanjian untuk membekalkan 120,000 alat dengar realiti terimbuh (Augmented Reality -AR) untuk Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) berdasarkan produk HoloLensnya dan disokong oleh perkhidmatan pengkomputeran awan Azure.

Kontrak untuk tempoh 10 tahun itu bernilai hingga AS$21.88 bilion (RM90.73 bilion), kata jurucakap Microsoft kepada Reuters.

Microsoft dalam kenyataannya berkata, pengumuman itu menandakan peralihan daripada prototaip rekaan kepada menghasil dan melancarkannya di lapangan.

“Ini adalah peningkatan skala besar untuk teknologi AR dan Microsoft mendapat belanjawan kerajaan supaya dapat mengatasi masalah teknologi dasar seterusnya membangunkan di peringkat pengguna dan perusahaan pada masa depan,” katanya.

Sebilangan besar pemain industri terbesar dalam AR mengelak kontrak ketenteraan tetapi Microsoft tidak sabar untuk mendapatkan kontrak tersebut.

Ketika Microsoft mengumumkan kontrak AS$480 juta (RM1.9 bilion) dalam membekalkan prototaip kepada Angkatan Tentera Darat AS pada 2018, sekurang-kurangnya 94 pekerja mengemukakan petisyen kepada syarikat untuk membatalkan perjanjian itu dan berhenti membangunkan sebarang teknologi senjata.

Microsoft kemudian bekerjasama dengan pihak ketenteraan negara itu sejak dua tahun lalu dalam usaha untuk melakukan fasa prototaip Sistem Peningkatan Visual Bersepadu (IVAS).

Syarikat itu memaklumkan projek angkatan tentera darat itu telah memasuki fasa pengeluaran.

Dalam catatan blog, Felo Teknikal Microsoft, Alex Kipman menjelaskan, alat dengar itu dihasilkan untuk memberikan peningkatan kesedaran situasi, memungkinkan perkongsian maklumat dan pengambilan keputusan dalam pelbagai senario.

Alat dengar itu akan dihasilkan di Amerika Syarikat.

Microsoft juga bersiap sedia untuk memenangi kontrak pengkomputeran awan JEDI bernilai AS$10 bilion (RM41.46 bilion) dengan Pentagon, tetapi kontrak tersebut masih menjadi pertikaian dalam tuntutan mahkamah yang diajukan oleh Amazon.com Inc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya