KSK Land tumpu teknologi, data - Utusan Malaysia

KSK Land tumpu teknologi, data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah terkemuka tempatan, KSK Land akan memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi dan data untuk memperkasa operasi perniagaan mereka.

Anak syarikat milik penuh KSK Group Berhad itu berkata, hala tuju teknologi terbaharu tersebut diumumkan supaya syarikat tersebut dapat mempelopori inovasi dan eksperimentasi dalam sektor hartanah.

Hala tuju tersebut merangkumi beberapa inisiatif termasuk mikrosit Discover YOO8; aplikasi mudah alih 8 Conlay yang serba baharu; sebuah enjin dalaman yang dinamik bagi penentuan harga dan penilaian hartanah serta perkongsian akan datang dengan pelopor teknologi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menekankan inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua berkata, pihaknya sebagai syarikat gaya hidup dan reka bentuk hartanah mahu mewujudkan sebuah ekosistem yang bertenaga dan mampan untuk industri.

“Kami menggunakan teknologi dan kandungan untuk mewujudkan platform bagi pelbagai komuniti untuk mencapai puncak dan memanfaatkan kepakaran dan nilai masing-masing.

“Sebagai contoh, dunia bayangan mimpi maya tiga dimensi kami yang dilancarkan sempena memperingati Tahun Baharu Cina pada tahun ini membolehkan penonton untuk terus asyik dalam portal bayangan mimpi 8 Conlay dan menemui inspirasi di sebalik menara kediaman kami,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

KSK Land berkata, pihaknya menyasarkan untuk mencipta ekosistem hartanah gaya hidup yang merangkumi seluruh kitaran hidup sesbuah hartanah daripada peringkat awal reka bentuk  dan pembinaan kepada pengurusan hartanah.

Dengan memanfaatkan data dan teknologi, KSK Land akan mampu untuk memenuhi keperluan pelanggannya supaya dapat memberikan pengalaman yang sangat peribadi serta tawaran yang sesuai dengan kemahuan dan keperluan mereka.

“Dengan menggabungkan data bersama inisiatif teknologi dalaman kami, kami menyasarkan untuk membentuk pembangunan mampan masa hadapan yang menyatukan komuniti berfikiran serupa, mengambil kira persekitaran urban hiperlokal,” kata Joanne. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya