Kowalit lancar dua produk baharu - Utusan Malaysia

Kowalit lancar dua produk baharu

Zakaria Mat Jusoh (kiri) bersama Ng Siew Lai pada majlis pelancaran produk Kowalit Sarang Burung Mas (Halal) dan minuman tenaga jenama Cheetah di Bukit Mertajam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Koperasi Pen­ter­nak Burung Walit Malay­sia Berhad (Kowalit) maju setapak apabila melancarkan dua produk baharu berasaskan sarang burung itu secara seren­tak, semalam.

Pengerusinya, Datuk Ng Siew Lai berkata, produk per­tama yang dikenali sebagai Kowalit Sarang Burung Mas (Halal) dihasilkan untuk pasa­ran luar negara termasuk China, Australia dan Asia Barat manakala produk kedua iaitu minuman tenaga jenama Chee­tah yang mengandungi eks­trak sarang burung pula lebih mem­fokuskan pasaran domestik.

Katanya, ini kali pertama pihak­nya membuat pelancaran produk secara besar-besaran de­ngan kerjasama sebuah syarikat yang mempunyai ke­pa­karan khas dalam industri berkaitan sarang burung iaitu GLYCOFOOD Marketing Sdn. Bhd., selain mendapat sokongan penuh daripada Suruhanjaya Ko­perasi Malaysia (SKM).

“Kami yakin kedua-dua pro­duk ini akan mendapat tempat di pasaran kerana per­min­taan yang tinggi terhadap produk berasaskan sarang burung ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran produk tersebut yang disempurnakan oleh Pengarah SKM negeri, Zakaria Mat Jusoh di sebuah hotel, semalam.

Pada majlis yang sama, Ko­walit turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan GLYCOFOOD Marketing sambil disaksikan oleh Zakaria.

Ketika ini, harga yang ditetapkan bagi Kowalit Sarang Burung Mas ialah RM15,000 sekotak atau sekilogram dan harga itu dijangka meningkat sehingga melebihi RM36,000 apabila memasuki pasaran luar negara khususnya China.

Pada masa sama, minuman tenaga jenama Cheetah itu pula dijual pada harga RM2.80 sebotol untuk botol bersaiz 300 mililiter (ml).

Dalam pada itu, Zakaria ber­bangga dengan usaha Kowalit untuk menembusi pasaran an­ta­ra­bangsa, sekali gus mem­buktikan produk tem­patan sentiasa mendapat tem­pat yang baik di luar negara.

“Saya sarankan koperasi-ko­pe­rasi lain mencontohi Kowalit dalam usaha memasarkan pro­duk masing-masing teruta­manya ketika musim pandemik (Covid-19) ini.

“SKM juga akan terus menyokong dari segi bantuan kewangan dan sebagainya supaya sesuatu perniagaan itu akan lebih berdaya maju dan berdaya saing,” katanya yang turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Kowalit di bawah Geran Koperasi Pulau Pinang 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya