Kekayaan Pengasas TikTok AS$60 bilion - Utusan Malaysia

Kekayaan Pengasas TikTok AS$60 bilion

Zhang Yiming
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pengasas TikTok, Zhang Yiming, 38, dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$60 bilion (RM247.56 bilion), menjadikannya antara individu terkaya di dunia.

Dengan nilai kekayaan tersebut, meletakkan Yiming sebaris dengan bilionair China lain se­perti Pony Ma dari Tencent Holdings, pemilik syarikat minuman, Zhong Shanshan, serta keluarga Walton dan Koch dari Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Tahun lalu, syarikat permulaan yang diasaskan beliau, ByteDance Ltd. telah menerima tekanan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, China dan India.

Amerika Syarikat semasa di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, mahu mengha­ramkan aplikasi TikTok de­ngan alasan perkhidmatan media sosial itu menjadi alat risikan China.

Kerajaan China turut dilaporkan telah menyekat apli­kasi berkenaan, begitu juga dengan India yang mengharamkan sebahagian daripada aplikasinya.

Bagaimanapun, di sebalik tekanan tersebut, nilai saham syarikat dalam pasaran dianggar lebih AS$250 bilion (RM1.03 tri­lion), menurut sumber.

Pada tahun lalu, BytDance yang popular dengan aplikasi video pendek TikTok dan aplikasi berita Toutiao, merekodkan perolehan berganda, selepas mengembangkan perniagaan periklanannya meliputi e-dagang dan permainan video maya.

Syarikat tersebut dilaporkan dalam pertimbangan untuk penyenaraian awam bagi sesete­ngah perniagaannya.

“Yiming dikenali kerana pemikiran jangka panjangnya dan tidak mudah mengalah. Beliau merancang untuk membina perniagaan global,” kata Ma Rui dari firma Synaptic Ventures.

Berdasarkan laporan CB Insight, nilai ByteDance sebelum ini dianggarkan mencecah AS$180 bilion (RM742.68 bi­lion), peningkatan sebanyak AS$20 bilion (RM82.52 bilion) dari tiga tahun lalu.

Namun, kini adalah masa yang sukar bagi bilionair di China. Pengasas Alibaba, Jack Ma sebelum ini telah didenda sebanyak AS$2.8 bilion (RM11.55 bilion) atas dakwaan antimonopoli. Kelmarin, pihak berkuasa negara itu dilaporkan telah mengarahkan 32 syarikat internet untuk menerima amalan antipersaingan bermula bulan hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya