Indeks nilai seunit eksport, import kekal positif - Utusan Malaysia

Indeks nilai seunit eksport, import kekal positif

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks nilai seunit eksport kekal positif bagi enam bukan berturut-turut, manakala indeks nilai seunit impoprt menunjukkan trend sama sejak Disember tahun lalu.

Bagi Februari lalu, indeks nilai seunit eksport dan import berada pada kadar masing-masing 1.2 peratus dan 0.8 peratus.

Mengulas perkembangan tersebut, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan positif indeks nilai seunit eksport didorong oleh kenaikan indeks minyak dan lemak binatang serta sayur-sayuran sebanyak 4.8 peratus, minyak galian (+3.6 peratus) dan alat jentera serta kelengkapan pengangkutan (+0.4 peratus).

Walau Bagaimanapun katanya, indeks volum eksport jatuh 3.5 peratus berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh prestasi lemah indeks minuman dna tembakau yang susut 20.2 peatus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-13.6 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (-3.8 peratus).

Jelasnya, indeks volum eksport pelarasan bermusim mencatatkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus daripada 142.8 kepada 162.7 mata.

“Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport jatuh 0.6 peratus, manakala indeks volum eksport mencatatkan kenaikan dua digit 18.3 peratus,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd. Uzir berkata, indeks nilai seunit import pula tumbuh 0.8 peratus pada bulan dilaporkan berbanding bulan sebelumnya.

Pertumbuhan itu katanya, disumbang oleh prestasi lebih baik bagi indeks minyak galian yang tumbuh 6.3 peratus, barang-barang keluaran kilang (+0.6 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+0.3 peratus).

Sementara itu, indeks volum import menguncup 5.3 peratus yang disumbangkan oleh prestasi lemah indeks alat jentera dna kelengkapan pengangkutan (-7.6 peratus), barang-barang keluaran kilang (-7.3 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-6.3 peratus).

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Februari 2021 naik 9.8 peratus daripada 143.1 kepada 157.2 mata. Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit import menyusut 1.9 peratus manakala indeks volum import meningkat 14.9 peratus,” katanya.

Jabatan Perangkaan turut melaporkan terma perdagangan Malaysia tumbuh 0.4 peratus bulan ke bulan daripada 101.1 kepada 101.5 mata.

“Berasaskan tahun ke tahun, terma perdagangan negara turut kekal positif pada kadar 1.4 peratus daripada 100.2 mata pada Februari tahun lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya