Geely rancang kumpul AS$1 bilion - Utusan Malaysia

Geely rancang kumpul AS$1 bilion

Geely membeli kepentingan dalam Lotus daripada Proton Holdings Berhad pada 2017 . – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Zhejiang Geely Holding Group (Geely) sedang mempertimbangkan untuk me­ngumpul dana sekitar AS$1 bilion (RM4.13 bilion) bagi mengembangkan perniagaan kereta iko­nik Britain, Lotus ke pasaran kenderaan elektrik di China.

Menurut sumber, Geely se­dang bekerjasama dengan be­berapa penasihat untuk me­narik minat pelabur berpotensi dalam pusingan penda­naan yang mampu memberi nilai kepada operasi kenderaan elektrik (EV) Lotus sekitar AS$5 bilion (RM20.64 bilion).

“Selain pengumpulan dana, perusahaan China itu juga mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) perdana untuk Lotus atau perniagaan pembuat kereta EV pada tahun depan.

“Penyenaraian itu bernilai lebih AS$15 bilion (RM61.9 bilion) termasuk kereta lumba,” katanya.

Saham Geely telah meningkat sebanyak 6.6 peratus dalam sesi dagangan semalam, peningkatan tertinggi dalam tempoh sebulan, mengatasi kenaikan penanda aras indeks Hang Seng sebanyak satu peratus.

Bilionair China yang juga Pengasas Geely, Li Shufu turut menguasasi Volvo, berpangkalan di Sweden, Beliau telah membeli saham Lotus Group pada 2017.

Beliau memiliki 51 peratus kepentingan syarikat tersebut termasuk Lotus Engineering, sementara syarikat Malaysia, Etika Automotive Bhd. memiliki bakinya.

Di bawah Geely, Lotus pada 2019 telah melancarkan kereta elektrik Evija dengan kekuatan 1,972 kuasa kuda berharga kira-kira AS$2 juta (RM8.26 juta) sebuah.

Sumber memberitahu, pengumpulan dana itu masih dalam pertimbangan dan perincian termasuk ukuran serta masa boleh berubah.

Wakil daripada Geely dan Lotus tidak segera memberi komen tentang perkara tersebut.

Geely dilaporkan ingin mengembangkan perniagaan kenderaan elektriknya dalam pasaran yang sedang berkembang pesat di banyak negara termasuk China.

Sementara itu, Reuters melaporkan, Polestar, pembuat kereta elektrik yang dikendalikan oleh Volvo dan Geely, sedang mempertimbangkan untuk membuat IPO pada tahun ini.

Minat pelabur saham berkaitan EV telah telah mendorong kenaikan harga saham pemain termasuk Nio Inc. dan Xpeng Inc. ke tahap tertinggi.

Minat yang kuat itu telah meningkatkan gelombang kepada industri EV, sehingga mewujudkan bersaingan untuk penyenaraian melalui syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC).

Lebih AS$180 bilion (RM743.22 bilion) dilaporkan telah dikumpulkan di seluruh dunia melalui IPO SPAC dalam tempoh 12 bulan yang lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya