Denda, penjara jika ubah kedudukan meter TNB tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Denda, penjara jika ubah kedudukan meter TNB tanpa kebenaran

Peningkatan inflasi keseluruhan disumbangkan terutamanya oleh penamatan diskaun bil elektrik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik kediaman diminta memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika mahu mengalih atau mengusik pepasangan TNB termasuk elektrik ketika membuat pengubahsuaian.

Menurut TNB, kebenaran pihaknya diperlukan sebelum melakukan pengalihan pepasangan supaya sebarang kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi dan tidak menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Jelasnya, pengalihan pepasangan TNB yang tidak teratur boleh mengakibatkan gangguan bekalan yang kerap, kejadian voltan berlebihan, litar pintas atau kebakaran.

“Penglibatan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran pepasangan elektrik tanpa kebenaran sah termasuk tindakan mengusik atau mengalihkan kedudukan meter elektrik TNB menjadi kesalahan berdasarkan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Individu yang disabitkan melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya