Denda lonjak kekayaan Jack Ma - Utusan Malaysia

Denda lonjak kekayaan Jack Ma

Jack Ma yang hingga tahun lalu adalah orang terkaya di China, telah kehilangan berbilion dolar sejak kerajaan China memulakan kempen antimo­nopoli. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHINA: Syarikat gergasi e-da­gang, Alibaba Group Holding Ltd. (Alibaba) berterima kasih kepada kerajaan China kerana denda antimonopoli yang dikenakan kepada syarikat itu baru-baru ini melonjakkan kekayaan pengasasnya, Jack Ma lebih AS$2 bilion (RM8.27 bili­on).

Resit Depositari Amerika (ADR) Alibaba di New York meningkat 9.3 peratus, iaitu lonjakan terbesar mereka dalam tempoh empat tahun.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, kekayaan Jack Ma meningkat sebanyak AS$2.3 bilion (RM9.51 bilion) kepada AS$52.1 bilion (RM215.38 bilion).

Beberapa pelabur menyifatkan denda AS$2.8 bilion (RM11.5 bilion) adalah tidak setimpal dan hanya berdasarkan empat peratus daripada penjualan domestik syarikat pada 2019. Ia jauh lebih rendah daripada 10 peratus had maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang China.

Timbalan pengerusinya ber­kata, walaupun syarikat itu perlu menyesuaikan cara mereka menjalankan perniagaannya, pengawal selia tidak akan mela­kukan pembaikan radikal strategi e-dagang.

“Alibaba tidak akan ber­kem­bang seperti sekarang tanpa undang-undang dan perkhidmatan kerajaan yang baik. Pengawasan, toleransi dan sokongan yang diberikan sangat penting untuk pembangunan kami. Untuk itu, kami amat berterima kasih,” kata perusahaan itu dalam surat terbuka.

Jack Ma, yang hingga tahun lalu adalah orang terkaya di China, telah kehilangan berbilion dolar sejak kerajaan China memulakan kempen antimo­nopoli, sekali gus meng­hentikan tawaran awam awal syarikat pembayaran Ant Gro­up Co. (Ant), dua hari sebelum dijadual untuk dilan­carkan.

Beliau ki­ni individu ketiga terkaya di China selepas pemilik syarikat air botol Nongfu Spring Co., Zhong Shanshan dan Ten­cent Holdings Ltd., Pony Ma.

Alibaba sebelum ini didenda kerajaan China kerana didapati menerapkan amalan dan salah guna kedudukan dominan syarikat berkenaan dalam perdagangan (antimonopoli).

Siasatan yang dijalankan tertumpu terhadap dakwaan Alibaba mewajibkan peniaga yang ingin menjual barang mereka menerusi platform syarikat itu, tidak boleh berbuat demikian di laman web e-dagang lain.

Dalam per­kem­­­bangan berkaitan, bank pusat China turut memerintahkan Ant menjadi syarikat pemegangan kewangan yang akan dikawal selia seperti bank. Langkah itu akan mempunyai implikasi yang luas untuk pertumbuhan syarikat dan kemampuannya untuk terus maju dengan penawaran awam awal.

Saham Alibaba dibuka 3.4 peratus lebih tinggi di Hong Kong, semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya