Dahulu pekebun, kini Jalimah aktif menjual minyak kelapa dara di Kudat - Utusan Malaysia

Dahulu pekebun, kini Jalimah aktif menjual minyak kelapa dara di Kudat

JALIMAH (kanan) bersama suaminya menunjukkan produk minyak kelapa dara di Kudat baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Siapa sangka hanya bermula dengan usaha untuk mencuba minyak kelapa dara sebagai salah satu inisiatif membantu menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi suami kira-kira 12 tahun lalu, kini Jalimah Majimil bergelar usahawan.

Langkah kanan beliau meneroka bidang tersebut telah membolehkan wanita berusia 58 tahun itu mengeluarkan produk berasaskan minyak kelapa dara di bawah jenama Bonco di daerah Kudat.

Menurut beliau, suaminya, Ronnie Onginjan, 65, mula menghidap pelbagai penyakit termasuklah gastrik, darah tinggi dan gout sejak tahun 1998.

Pelbagai usaha dillaksanakan untuk membantu menyembuhkan penyakit berkenaan sehingga beliau menemui minyak kelapa dara.

“Salah seorang kawan kami yang terlebih dahulu bergelar usahawan minyak kelapa dara telah memberikan sebotol produknya kepada suami untuk dicuba.

“Selepas mengamalkan minyak kelapa dara secara konsisten, tahap kesihatan suami kembali normal.

“Sejak itu, saya dan suami mengambil keputusan untuk terlibat secara serius menjual produk berasaskan minyak kelapa dara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kilang pemprosesan minyak kelapa di Kampung Kimihang di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Jalimah yang kini layak meminjam sehingga RM30,000 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, pihaknya merancang untuk menghasilkan lebih banyak produk sendiri berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun dan syampu.

Berkongsi mengenai pembabitannya sebagai Sahabat AIM, Jalimah memulakan perniagaannya sejak tahun 2002 dengan kelayakan pinjaman sebanyak RM2,000. – UTUSAN

JALIMAH MAJIMIL
No Telefon: 019-8313868/019-8019924
Lokasi: Kampung Kimihang, Kudat
Perniagaan: Bonco, minyak kelapa dara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya