Cadang pinjaman rumah dua generasi untuk B40 - Utusan Malaysia

Cadang pinjaman rumah dua generasi untuk B40

BMF percaya bahawa rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 ke RM300,000 dengan saiz 450 hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tawarkan pinjaman penuh yang dijamin kerajaan dan tempoh pinjaman dua generasi sehingga 60 tahun, masalah golongan B40 yang tidak mampu memiliki rumah boleh diselesaikan.

Demikian saranan pertubuhan bukan kerajaan, Better Malaysia Foundation (BMF) yang melihat masalah golo­ngan berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah perlu diselesaikan segeranya.

Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan berkata, beliau difahamkan untuk setiap 1,000 unit rumah mampu milik, ia akan direbut oleh antara 10,000 hingga 60,000 pemohon.

“Kemampumilikan ialah isu utama kerana hampir semua isi rumah B40 tidak akan mampu membeli rumah tanpa sebarang bantuan kewa­ngan.

“Kami percaya usaha sosial ini akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki, yang disesuaikan reka bentuknya bagi membolehkan sesebuah keluarga hidup de­ngan baik,” katanya dalam ke­nyataan dekat sini.

VINCENT TAN

Menurut Vincent, BMF percaya bahawa rumah mampu milik secara realistiknya berharga dari RM120,000 ke RM300,000 dengan saiz 450 hingga 900 kaki persegi di Lembah Klang.

Untuk mengatasi dilema yang menghantui golongan berpendapatan rendah itu, BMF yang sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Vincent Tan mengesyor­kan supaya institusi kewangan menawarkan pinjaman penuh yang dijamin kerajaan.

“Kami difahamkan bahawa 60 peratus permohonan perumahan mampu milik ditolak pihak bank dan institusi kewa­ngan. Ramai pembeli kali pertama dari golongan B40 tidak mampu untuk mendapatkan 10 peratus bayaran pendahuluan untuk pembelian rumah.

“Pembiayaan penuh tentu­nya akan menyelesaikan masalah ini. Pinjaman perumahan tersebut juga patutlah dijadikan pinjaman dwigenerasi yang melangkaui tempoh bayaran selama 40 ke 60 tahun.

“Pembayaran pinjaman me­libatkan dua generasi bagi memastikan bayaran ansuran bulanan mampu ditanggung dan diuruskan dan peminjam juga masih mempunyai pendapatan untuk menampung kos sara hidup serta memastikan taraf hidupnya memuaskan,”kata BMF. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya