Wira Capital buka peluang kepada usahawan PKS kembang perniagaan

Wira Capital buka peluang kepada usahawan PKS kembang perniagaan

HAFIDZ Fudzail, SM Faisal SM NAsimuddin dan Fahdi Ghazali, penggerak utama Wira Capital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wira Capital Sdn. Bhd. (Wira Capital) melaksanakan satu inisiatif untuk membantu usahawan yang terkesan dengan norma baharu semasa tetapi tetap kekal positif untuk mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan kebolehcapaian pegangan pasaran.

Wira Capital diasaskan oleh Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., konglomerat perniagaan bumiputera swasta dihormati Malaysia bersama Fahdi Ghazali, Pengerusi Sifoo International Sdn Bhd, juga lebih di kenali sebagai Pakar ‘Integrated Digital Marketing’ di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wira Capital, Hafidz Fudzail, Wira Capital mengenengahkan konsep Menginsankan Pelaburan Modal, di mana Wira Capital turut bersama PKS yang terpilih dalam mengembangkan potensi perniagaan syarikat.

Tiga  bantuan yang bakal diberi kepada PKS adalah dalam bentuk pelaburan modal, bimbingan dan jaringan ekosistem.

Pelaburan modal yang diberi adalah bersama dengan pertukaran sebahagian ekuiti atas perbincangan bersama, manakala bimbingan adalah ‘mentoring’ dan ‘coaching’ dari segi ilmu pemasaran dan ilmu mengembangkan perniagaan.

Melalui pemilikan ekuiti minoriti, Wira Capital akan memastikan PKS yang dibantu dapat mengembangkan perniagaan melalui jaringan ekosistem rakan kongsi strategik dari pelbagai industri.

Syarikat PKS yang layak dan digalakkan untuk memohon adalah syarikat Sendirian Berhad atau Berhad yang mempunyai model perniagaan yang berpotensi tinggi untuk ditingkatkan, telah beroperasi sekurang-kurangnya selama setahun dan telah mencapai jualan tahunan semasa antara RM500,000 sehingga RM5,000,000.

Sebanyak 30 syarikat terpilih bakal disenarai pendek dan seterusnya menjadi lima syarikat terpilih untuk menjadi rakan kongsi WiraCapital bagi tahun 2021.

Untuk keterangan lanjut dan permohonan, sila ke laman www.wiracap.com.

Tarikh tutup permohonan pada 10 April 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya