Untung bersih EcoWorld naik 71% - Utusan Malaysia

Untung bersih EcoWorld naik 71%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) RM62.4 juta untuk suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2021.

Keuntungan tersebut adalah peningkatan 71 peratus berbanding catatan pada suku sama tahun sebelumnya, iaitu pada RM36.5 juta.

Menurut syarikat itu, peningkatan PAT yang dicapai sebahagina besarnya disumbangkan peningkatan 60 peratus pegangan syarikat ke atas keputusan usaha sama sejajar dengan keuntungan yang lebih tinggi dicatatkan EcoWorld International pada suku tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Malaysia, Datuk Chang Khim Wah berkata, empat bulan pertama tahun kewangan 2021 kebiasaannya perlahan disebabkan cuti hujung tahun dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, ia dtambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu.

Namun, syarikat itu teruja dengan pencapaiannya apabila berjaya mencatat jualan RM911 juta setakat 28 Februari lalu.

“Kami bersyukur dengan sokongan pembelian oleh pelanggan yang membolehkan kami mengekalkan momentum jualan yang menakjubkan sejak permulaan separuh kedua 2020, selepas PKP pertama dilonggarkan kerajaan.

“Jumlah jualan yang dicapai EcoWorld Malaysia sepanjang 10 bulan lalu ialah RM2.88 bilion, hampir kepada rekod tertinggi kami dalam tempoh sama, termasuk sebelum pandemik,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Syarikat itu mencatatkan jualan RM706 juta dalam suku pertama 2021 yang merupakan lebih dua kali ganda berbanding RM305 juta jualan yang dicapai suku sama tahun sebelumnya. 

Tambahan lagi, mereka turut melaksanakan langkah penjimatan kos pada tahun kewangan 2020 yang mengurangkan asas kos keseluruhan syarikat itu dan membolehkan perbelanjaan pentadbiran dikurangkan sehingga 15.7 peratus berbanding suku sama tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya