THP catat untung bersih RM13.99j - Utusan Malaysia

THP catat untung bersih RM13.99j

TH Plantation Berhad mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP) mencatatkan keuntungan bersih RM13.99 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, peningkatan signifikan berbanding kerugian bersih RM226.50 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ini merupakan keuntungan bersih tahunan pertama yang dicatatkan THP selepas dua tahun berturut-turut merekodkan kerugian.

Kali terakhir syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih tahunan adalah pada tahun kewangan 2017 dengan keuntungan RM22.41 juta sebelum mula mencatatkan kerugian pada tahun seterusnya sebanyak RM594.61 juta.

Untuk suku keempat 2020, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih RM1.59 juta berbanding kerugian RM167.65 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Menurut THP, keuntungan pada suku keempat sebahagian besarnya disumbangkan oleh purata harga direalisasi yang lebih tinggi untuk produk sawit.

“Hasil untuk suku keempat meningkat kepada RM144.5 juta, peningkatan 6.1 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“PAT bersih untuk tahun kewangan penuh 2020 ialah RM27.5 juta berbanding kerugian bersih RM273.1 juta pada 2019,” katanya dalam kenyataan.

Dari segi operasi, syarikat tersebut mencatatkan prestasi yang lebih baik dengan keuntungan kasar RM16.9 juta berbanding kerugian RM11.4 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada suku sama, syarikat itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) RM5.7 juta berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) RM164.1 juta pada 2019.

“Pelan Pemulihan Strategik kumpulan masih berjalan yang mana akan membolehkan kumpulan berada dalam kedudukan kewangan yang lebih baik apabila ia selesai.

“THP menjangkakan harga pasaran semasa untuk produk sawit akan terus memihak sepanjang suku seterusnya disebabkan pengeluaran yang rendah, kekurangan buruh serta tahap inventori minyak sawit yang rendah di Malaysia,” kata syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya