Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.1 peratus - Utusan Malaysia

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.1 peratus

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat untuk tahun kewangan 2020 sebanyak 3.1 peratus, lebih tinggi berbanding agihan tahun sebelumnya pada 3.05 peratus.

Menurut Tabung Haji, agihan tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion kepada sembilan juta pendepositnya, lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Selain itu, jumlah deposit lembaga itu turut mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada RM76.7 bilion yang mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji kekal utuh. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya