Suez: Harga minyak berubah-ubah - Utusan Malaysia

Suez: Harga minyak berubah-ubah

Terusan Suez yang dibuka pada 1869 merupakan antara laluan penting perkapalan antarabangsa bagi menghubungkan Barat dan Timur. Sebarang insiden di terusan tersebut bakal menjejaskan kelancaran perjalanan kapal-kapal dagang di terusan berkenaan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harga minyak berubah-ubah setelah kapal kontena sepanjang 400 meter menghalang Terusan Suez sekali gus mengganggu penghantaran minyak mentah.

Ia juga mengancam pen­jualan yang mendorong harga ke tahap terendah sejak awal Februari.

Walaupun para pelabur ti­dak menjangkakan sebarang implikasi terhadap aliran mi­nyak mentah berdasarkan ma­salah sekatan laluan ter­sebut, pasaran tetap menunjukkan tanda-tanda kelemahan.

Niaga hadapan di New York merosot lebih 12 peratus dalam masa kurang dua minggu kerana beberapa faktor termasuk permintaan fizikal yang kurang dan dolar yang lebih kuat.

Menambah sentimen negatif adalah petunjuk bahawa inventori terus meningkat. Ini diperkuat apabila Institut Petroleum Amerika Syarikat (AS) melaporkan stok minyak mentah negara itu meningkat hampir tiga juta tong minggu lalu.

Kejatuhan minyak baru-baru ini dapat memberi tekanan kepada Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (OPEC+) untuk melakukan lebih banyak usaha penurunan pengeluaran, de­ngan pertemuan kumpulan minggu depan bakal me­mu­tuskan pengeluarannya pada Mei.

Walaupun menurun, minyak mentah masih meningkat hampir 20 peratus tahun ini dan ketika vaksinasi Covid-19 dipercepat di seluruh dunia, ada keyakinan mobiliti yang lebih besar akan meningkatkan penggunaan bahan bakar dalam masa jangka panjang.

Penganalisis Komoditi Kanan VI Investment Corp. di Seoul, Will Sungchil Yun berkata, minyak mengalami perubahan yang mendalam kerana permintaan jangka pendek, tetapi prospek menjangkakan penggunaannya akan bertambah dalam jangka masa panjang.

“Selain itu, sekatan di Teru­san Suez mungkin bersifat sementara,” tambah beliau.

Terusan Suez adalah satu daripada laluan perdagangan maritim tersibuk di dunia dan penting untuk pergerakan minyak dan gas asli cecair. Kapal kontena Ever Given sepanjang 400 meter me­lintang di sepanjang terusan kelmarin.

“Ini mungkin memberi sedikit kesan kerana sekitar 10 peratus daripada jumlah perdagangan minyak laut melalui Terusan Suez, tetapi saya merasakan masalah ini hanya sementara,” kata Ketua Strategi Komoditi ING Group di Singapura, Warren Patterson.

Permintaan segera untuk penanda aras global minyak mentah Brent melambung ke struktur contango yang menurun pada Selasa – di mana kontrak yang terbaharu adalah lebih murah berbanding sebelumnya. Ia berharga 5 sen dalam contango pada Rabu, berbanding penurunan harga 67 sen pada awal bulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya