Pengasas LBS meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas LBS meninggal dunia

TAN SRI LIM BOK SENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas dan bekas Pengerusi Kumpulan LBS, Datuk Seri Lim Bock Seng telah meninggal dunia di kediaman beliau pagi ini.

Serentak itu, LBS menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas khidmat dan usaha sepanjang dekad melalui kepimpinan dan inspirasinya.

Menurut LBS, mendiang telah dilantik sebagai Pengerusi pada 6 Disember 2001 dan bersara 1 Mac lalu.

Jelas syarikat pemaju hartanah itu, dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam sektor pembinaan dan hartanah, mendiang telah memainkan peranan penting dalam mendorong perkembangan syarikat.

“Kepimpinan mendiang dan fokus beliau terhadap inovasi telah meletakkan LBS pada kedudukan pertumbuhan jangka panjang yang berterusan serta legasi luar biasa yang akan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi LBS, Tan Sri Lim Hock San melahirkan ucapan dukacita di atas pemergian mendiang.

“Kami sangat berduka cita di atas pemergiaan pengasas dan bapa kami,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya