SHAH ALAM:- Hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk orang ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 bangkit mengubah kehidupan mereka melalui program khas daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).
Melalui program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Ubah Hidup , RichWorks menyediakan platform bagi orang ramai terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk bangkit ketika pandemik ini.
Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd., program pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini akan membantu mereka untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam hidup walaupun ketika pandemik ini.
Katanya, dalam tempoh mencabar ini, ada sahaja usahawan boleh berubah hingga mencatat pencapaian lebih baik seperti dialami ramai usahawan yang mendapatkan bimbingan bersama RichWorks.
“Kami faham, pasti ada usahawan di luar sana dalam keadaan yang susah, tak tahu apa lagi perlu dilakukan, bisnes jatuh malah ada terpaksa tutup hingga timbul rasa nak putus asa.
“Sebab itu, RichWorks bersama pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyediakan program percuma ini yang sudah terbukti berjaya ubah hidup ramai orang di samping sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama golongan usahawan,” katanya dalam kenyataan semalam.
RichWorks sebagai syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara ini telah melatih lebih 1.1 juta orang daripada pelbagai tahap perniagaan sejak 2008.
Bagaimanapun tambah Radz, kesusahan yang dirasai ketika ini sebenarnya bukanlah penghalang untuk perniagaan kembali berkembang dan berubah menjadi lebih baik lagi.
“Berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam melatih dan membimbing usahawan, RichWorks menemukan formula, perkara dan langkah-langkah yang boleh membantu mereka untuk berubah dalam bisnes dan kehidupan, Insya-Allah.
“Malah pada tahun lalu saja, meskipun ketika pandemik, seramai 777 usahawan PKS di bawah bimbingan kami berjaya mencatatkan peningkatan hingga jumlah jualan keseluruhan melebihi RM2 bilion,’ ujarnya.
Justeru, Radz menyeru usahawan PKS dan mikro memberikan peluang kepada diri mereka walaupun perubahan itu tidak mudah yang mana memerlukan kesungguhan seseorang.
“Usahawan juga boleh sahaja membawa kakitangan malah keluarga mereka bersama-sama belajar dan memulakan langkah pertama untuk saksikan perubahan dalam bisnes dan diri masing-masing,” jelasnya.
Ini masanya untuk usahawan kembali bangkit dengan mengubah hidup dan bisnes ke arah kejayaan dalam keadaan pandemik yang semakin baik.
Layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com bagi pendaftaran dan keterangan lanjut.