INSPIRASI NIAGA KAJANG: Krisis ekonomi dan kesihatan yang dibawa Covid-19 bukan bermakna sesebuah perniagaan tidak boleh berkembang untuk mencapai aras lebih tinggi. Kici Kasri, 39, agak bertuah kerana memilih untuk menceburi perniagaan dalam sektor logistik yang merupakan antara sektor yang semakin kukuh serta berdaya tahan ketika pandemik, terutamanya bagi memenuhi keperluan gaya hidup norma baharu sekarang. Memanfaatkan peluang yang timbul, Kici berkata, syarikat Nizaf Mover & Logistics Sdn. Bhd. (Nizaf Mover) yang diasaskannya pada Januari 2015 sedang mengintai peluang untuk mengembangkan sayap ke pasaran luar negara, dengan fokus rantau ASEAN.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya