‘Mudah Menang’ di BHPetrol - Utusan Malaysia

‘Mudah Menang’ di BHPetrol

Lawrence Chuah melancarkan peraduan Mudah Menang di BHPetrol Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. menganjurkan peraduan ‘Mudah Menang’ yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan terma­suk wang tunai dan iPhone 12 untuk menghargai para pelanggannya.

Peraduan itu terbuka kepada semua ahli eCard yang sah di stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian bermula 1 Mac hingga 30 Mei ini.

Menurut Boustead Petroleum, untuk menyertai peraduan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 produk petrol atau diesel di mana-mana servis BHPetrol atau membeli mana-mana barangan dari kedai BHPetromart yang mengambil bahagian.

“Setiap pembelian mesti dileret dengan eCard berdaftar yang sah atau diimbas dengan aplikasi dalam talian eCard. Setiap perbelanjaan terkumpul berjumlah RM30 berhak mendapat satu penyertaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, seramai 51 pemenang akan dipilih dan bakal menerima hadiah kese­luruhan terdiri daripada wang tunai RM333,333 serta 100,000 mata ganjaran ePoint untuk tiga pemenang, hadiah sagu hati wang tunai RM3,333 serta 30,000 mata ganjaran (tiga pemenang) dan hadiah mingguan iaitu 100,000 mata ganjaran (tiga pemenang) setiap minggu.

Selain itu, hadiah bulanan khas ditawarkan kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi dalam talian eCard dengan dua pemenang bakal menerima iPhone 12 64GB atau iPad Gen 8.

Mengulas penganjuran peraduan itu, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran BHPetrol, Lawrence Chuah berkata, BHPetrol sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggannya dengan menawarkan kualiti bahan api terbaik, pelbagai pilihan barangan di kedai BHPetromart dan kemudahan awam secukupnya.

“Penganjuran peraduan ‘Mudah Menang’ ini adalah penghargaan kami kepada semua pelanggan di atas sokongan mereka yang berterusan.

“Kami berharap, lebih ramai pelanggan akan mengambil kesempatan untuk menjadi ahli kesetiaan eCard untuk memperoleh pelbagai keistimewaan setiap kali mengisi minyak atau berbelanja di BHPetrol,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya