MRCB lebar sayap ke New Zealand - Utusan Malaysia

MRCB lebar sayap ke New Zealand

Lakaran artis projek yang akan dibangunkan oleh MRCB di New Zealand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) akan melebarkan sayapnya ke New Zealand melalui kerjasama dengan Panuku Development Auckland (Panuku) bagi membangunkan projek pembangunan atas stesen (OSD) Aotea Central di Auckland, New Zealand.

Menurut MRCB, projek pembangunan regenerasi bandar di atas stesen rangkaian rel bandar Aotea itu berkeluasan 0.44 hektar dengan luas lantai kasar keseluruhan kira-kira 45,292 meter persegi dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) pada RM1.3 bilion.

Projek tersebut adalah untuk membina bangunan 21 tingkat dengan campuran ruang runcit dan komersial bersama 63 pangsapuri mewah dengan akses bersepadu ke stesen Aotea.

Pengarah Urusan MRCB, Imran Salim berkata, pihaknya gembira dengan peluang yang disediakan Panuku untuk menyumbang kepada lanskap pembangunan Auckland.

“MRCB teruja untuk melebarkan kepakaran TOD-nya bagi menjayakan pembangunan tanda tempat ikonik di New Zealand. Dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kami membangunkan Kuala  Lumpur Sentral CBD, kami mahu OSD ini menjadi TOD pelbagai guna yang secara positif menyumbang kepada pertumbuhan bandar Auckland.

“OSD ini akan menjadi projek regenerasi bandar inklusif yang berfokus kepada kapasiti untuk infrastruktur penyertaan, bersepadu dan mampan, sejajar dengan komitmen kumpulan kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut MRCB, OSD tersebut akan dimulakan selepas pembinaan stesen rangkaian rel Aotea yang dijangka selesai pada 2024.

Sementara itu, Datuk Bandar Auckland, Phil Goff berkata, pembangunan tersebut akan memberi impak positif kepada pusat bandar Auckland.

Kata beliau, projek itu akan mengisi tapak yang sebelum ini merupakan parkir kereta dengan bangunan kediaman, kedai serta ruang komersial yang moden, reka bentuk menarik serta berketumpatan tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya