MaGIC lancar USC 2021 - Utusan Malaysia

MaGIC lancar USC 2021

Dzuleira Abu Bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) kembali mencari pengasas teknologi masa depan menerusi University Startup Challenge (USC) 2021 yang dilancarkan, baru-baru ini.

Bertemakan Teknologi dan Inovasi Sosial, pelajar dikehendaki perlu memikirkan idea perniagaan yang berkesan dan dapat menyelesaikan masalah masyarakat dan sosial.

Untuk mengambil bahagian, pelajar perlu membentuk pasukan di mana mereka akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti kreativiti dan inovasi, penerapan dan kemajuan sosial dan teknologi, skalabiliti, kelestarian dan model perniagaan, cadangan nilai, pendekatan ke pasaran, pengesahan dan kesediaan prototaip.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dzuleira Abu Bakar berkata, USC membakar semangat pelajar dan pengasas masa depan, melengkapkan mereka dengan set kemahiran dan alatan serta menyampaikan inovasi yang dapat membina negara. 

Ujarnya, dengan memberi mereka sokongan yang diperlukan, bermaksud MaGIC membuka peluang inovasi yang lebih baik dalam usaha pelajar mencipta sesuatu yang memberi kesan.

“Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan budaya inovasi yang berkembang maju di Malaysia dengan membina banyak syarikat permulaan dan untuk meningkatkan kumpulan bakat berkualiti masa depan dan maju dengan corak pemikiran keusahawanan. 

“Tahun lalu kami telah buktikan usaha ini dapat menonjolkan idea hebat dan bekerjasama tanpa perlu hadir secara fizikal. Itulah kekuatan belia dan teknologi. Kita semua mesti memanfaatkan potensinya untuk melancarkan sektor ekonomi tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Cabaran ini telah memberi impak kepada lebih 300 pelajar yang mewakili  lebih 50 institusi pengajian tinggi sejak 2019.

Tahun ini, 10 pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM10,000, tiga bulan tempat di ruang bekerja MaGIC secara percuma, alat permulaan dalam talian percuma, akses ke program lanjutan dan banyak lagi.

Sesi USC dijadualkan bermula dengan Sesi Kem Idea USC mengikut kawasan. Bengkel dua hari ini dilaksanakan untuk membantu peserta dalam menggunakan Kanvas Model Perniagaan dengan bimbingan mentor.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya