Lira: MAHB, IHH terkesan - Utusan Malaysia

Lira: MAHB, IHH terkesan

KONSORTIUM Gateway Development Alliance (GDA) mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) yang masih belum dimiliki dengan harga tawaran RM11 sesaham. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan IHH Healthcare Berhad (IHH) antara yang mengalami kejatuhan susulan kejatuhan mendadak nilai lira Turki kelmarin.

Saham MAHB ditutup 10 sen atau 1.51 peratus lebih rendah kepada RM6.54 berbanding harga penutupnya minggu lalu pada RM6.64 dengan 1.19 juta sahamnya didagangkan.

IHH pula ditutup 17 sen atau 3.1 peratus lebih rendah kepada RM5.31 berbanding harga penutupnya minggu lalu pada RM5.48 dengan 5.17 sahamnya didagangkan.

Kedua-dua syarikat tersebut mempunyai perniagaan penting di Turki dengan MAHB mengoperasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) manakala IHH memiliki kumpulan Acibadem Healthcare, antara pembekal perkhidmatan kesihatan persendirian terbesar di negara itu.

ISGIA merupakan penyumbang utama pendapatan MAHB pada tahun lalu apabila pada Oktober, lapangan terbang itu menyumbangkan 60 peratus daripada keseluruhan penumbang MAHB dengan jumlah 2.6 juta orang.

Walau bagaimanapun, impak kejatuhan lira tidak begitu besar kepada MAHB memandangkan kebanyakan pendapatannya adalah dalam mata wang euro manakala perbelanjaan operasinya dalam lira.

Nilai lira jatuh mendadak kira-kira 15 peratus untuk menghampiri catatan terendahnya ketika pasaran dibuka semalam selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memecat gabenor bank pusat negara itu, Naci Agbal Sabtu lalu.

Pemecatan tersebut disusuli pelantikan pengganti Agbal, Sahap Kavcioglu yang merupakan ahli akademik dalam bidang perbankan selain pernah menjadi ahli Parlimen mewakili parti Erdogan.

Kavcioglu dikenali sebagai kolumnis ekonomi yang sering mengkritik polisi kadar faedah yang tinggi, berkongsi pandangan yang sama dengan Erdogan dalam hal berkenaan dan bertentangan dengan Agbal.

Reuters dimaklumkan sumber bahawa Kavcioglu berusaha mengurangkan kesan penjualan mendadak aset-aset Turki dengan memberitahu ketua pegawai eksekutif bank-bank bahawa beliau tidak merancang sebarang perubahan polisi segera.

Pakar strategi mata wang kanan Westpac, Sean Callow berkata, lira mungkin akan turun lebih rendah.

“Lira terpukul apabila pelabur bimbang pelindung nilainya tidak berkongsi hasrat mereka untuk lebih kestabilan yang diperkukuh kadar faedah sebenar,” katanya seperti dipetik Reuters. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya