PETALING JAYA: Proton merekodkan jualan sebanyak 11,873 unit pada Februari lalu, tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun.
Pencapaian itu juga membolehkan Proton mencapai pegangan pasaran sebanyak 27 peratus iaitu tertinggi sejak September 2013.
Secara keseluruhan, Proton merekodkan jualan hampir dua kali ganda pada bulan lalu, berbanding 5,964 unit yang dijual pada Januari 2021. – UTUSAN