Jamaludin, Gita dilantik Panel Penasihat Axiata - Utusan Malaysia

Jamaludin, Gita dilantik Panel Penasihat Axiata

JAMALUDIN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Axiata Group Bhd., Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan bekas Menteri Indonesia, Gita Wirjawan telah dilantik sebagai  panel penasihat Axiata yang baru ditubuhkan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memberitahu, lembaga itu baru-baru ini telah meluluskan panel tersebut, memandangkan tahap operasi kumpulan semakin meningkat walaupun persekitaran perniagaan dan geopolitik semakin kompleks.

“Panel akan membantu para pengarahnya dalam menilai dan memahami perkembangan isu-isu penting dan kompleks yang berkaitan dengan operasi Axiata di seluruh jejak geografinya.

“Sebagai pakar industri bebas yang dikenali kerana pengalaman, pengetahuan dan pencapaian yang luas dalam industri, perniagaan dan perkhidmatan awam, Jamaludin dan Gita berada di kedudukan yang baik untuk lembaga Axiata memanfaatkan kekuatan dan sumbangan unik mereka,” katanya.

Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata, pandangan dan ilmu Jamaludin dalam industri telekomunikasi dan ekonomi digital sangat sesuai kerana Axiata ingin maju dalam merealisasikan cita-citanya menjadi juara digital buat generasi akan datang.

“Beliau sudah cukup kenal dengan kumpulan ini, kami bersyukur kerana Jamaludin kembali untuk menyumbang kepada syarikat ini.

“Sebagai anggota lembaga kami yang dahulu, Gita hadir dengan pencapaian yang mengagumkan dalam pelbagai peranan industri dan sektor awam. Kami tidak sabar untuk menerima nasihat dan sokongannya terutama dalam perkara yang berkaitan dengan operasi Axiata di Indonesia,” jelasnya.

Sebelum bersara pada 31 Disember tahun lalu, Jamaludin memimpin Axiata selama lebih 12 tahun sebagai Presiden dan CEO Kumpulan, selain menjawat banyak jawatan dalam kumpulan tersebut.

Beliau juga mengetuai Celcom Axiata Bhd. dan Ahli Lembaga PT XL Axiata di Indonesia. Pada Mac 2020, Jamaludin dilantik sebagai anggota Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

 

GITA WIRJAWAN

Gita pula merupakan Menteri Perdagangan Indonesia pada 2011 di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Gita juga telah memegang jawatan sebagai ketua Dewan Koordinasi Pelaburan Indonesia. Selain itu, beliau mengetuai Ancora Group, firma ekuiti swasta terkemuka yang ditubuhkan pada 2007, dan kini turut menganggotai Dewan Kehormat Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya