Industri pelancongan semakin pulih - Utusan Malaysia

Industri pelancongan semakin pulih

AQUARIA KLCC merupakan antara destinasi pilihan yang ingin dikunjungi oleh rakyat Malaysia untuk bercuti apabila rentas sempadan negeri dibuka semula. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beli sekarang, cuti kemudian. Konsep itu menjadi pilihan rakyat Malaysia yang merancang percutian sebaik sahaja pembukaan semula sempadan negeri.

Menurut paltform e-dagang Shopee, destinasi pilihan rakyat Malaysia termasuk Aquaria KLCC, Sunway Lagoon, Zoo Negara dan Rainbow Skywalk serta Wonderfood Museum di Pulau Pinang.

Selain itu, rakyat Malaysia turut memilih untuk mengadakan aktiviti memancing, snorkeling, banana bolt di Negeri Sembilan dan rekreasi di Langkawi, Kedah apabila sempadan negeri dibuka semula.

Jelas Shopee, pada Disember lalu, pihaknya telah berganding bahu dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia menjalankan kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before eksklusif untuk rakyat Malaysia.

\Katanya, kempen itu yang mendapat kerjasama pelbagai persatuan dan ejen pelancongan terhenti selama dua bulan, dan telah dilancarkan semula baru-baru ini.

“Kempen ini menyaksikan sebanyak 22,000 transaksi dilakukan sejak pihak kerajaan membuat pengumuman 2 Mac lalu bagi membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang ditukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini amat menggalakkan berbanding hanya 500 transaksi yang dilakukan dalam tempoh antara 11 Januari dan 1 Mac (semasa pelaksanaan PKP 2.0),” katanya dalam kenyataan.

Jelas platform berkenaan, dengan pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan, penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Johor masih mengambil kesempatan melakukan stayvacation yang menyumpang purata 75 peratus daripada jumlah permintaan bagi kawasan pelancongan di negeri masing-masing.

IAN HO

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, permintaan yang kukuh menunjukkan rakyat Malaysia ingin dan memerlukan percutian setelah mereka duduk di rumah untuk tempoh yang panjang.

Jelasnya, walaupun kerajaan menghulurkan bantuan serta insentif kepada industri pelancongan, permintaan yang tinggi menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif bagi industri berkenaan.

“Kami akan terus memainkan peranan untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan pengusaha hotel dan syarikat pengendali pelancongan dengan menggunakan teknologi demi menyumbang kepada kelestarian industri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya