Harga emas di pasaran susut lagi - Utusan Malaysia

Harga emas di pasaran susut lagi

Aktiviti mengambil untung dalam pasaran ekuiti dan kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat menjejaskan nilai emas di pasaran global semalam. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas susut dalam sesi dagangan semalam didorong oleh aktiviti mengambil untung di pasaran ekuiti dan peningkatan nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga emas semasa susut 0.3 peratus kepada AS$1,733.69 (RM7,146.66) seauns, manakala niaga hadapan emas AS jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,736.20 (RM7,157.00) seauns.

Pada Jumaat lalu, emas didagangkan di SPDR Gold Trust New York naik 0.3 peratus berbanding sehari sebelumnya, manakala logam palladium meningkat 0.4 peratus kepada AS$2,625.52 (RM10,822.95)

Sementara itu perak jatuh sebanyak 0.6 peatus kepada AS$25.61 (RM105.57), manakala platinum susut 0.3 peratus ditutup pada AS$1,179.59 (RM4,862.71).

Dalam pada itu, pasaran saham Asia dijangka pulih selepas aktiviti mengambil untung di Wall Street, ketika hasil bon menurun, mengurangkan kebimbangan mengenai inflasi.

Nilai dolar menokok sedikit, selepas terikat empat bulan berbanding kumpulan utama mata wang asing pada sesi sebelumnya, seiring dengan penurunan hasil Perbendaharaan AS.

Bagaimanapun, berita penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19 di Eropah telah mengurangkan kerugian emas yang dianggap `penyelamat.’ Ia berikutan kebimbangan kemungkinan Paris akan melaksanakan semula perintah darurat selama empat minggu.

Setakat ini, vaksin AstraZeneca dilaporkan menunjukkan prestasi yang baik di kebanyakan negara yang melaksanakan ujian penggunaannya.

Di AS, ekonomi negara itu menunjukkan pemulihan lebih baik, kata Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell kelmarin, namun memberi amaran proses tersebut masih jauh daripada `sempurna.’

Sementara itu, Bank Pusat Eropah meningkatkan pembe­lian bon pada minggu lalu dalam usaha meningkatkan pakej rangsangan bagi menyakinkan kembali para pelabur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya